Penulis:Melur Jelita
Terbitan:KaryaSeni
B.Mukasurat:1058
Dapat jugak beli ASST!saya tunggu 2minggu nak beli ASST...mari kita start review!
memang best!suke dengan semua watak ASST,it's okay...novel ni tak banyak konflik,bukan tak banyak tapi tak ada langsung!yang ada cuma kasih sayang...
kita baca banyak kali,kita rasa jatuh cinta dengan hilman yong,kacukan cina,korea dan american...dah boleh agak betapa kacaknya Hilman Yong ni!
Novel ni sangat ringan dan santai bahasanya,sesuai untuk semua peringkat umur.Saya pesan!careful with Hilman Yong!you might get in love with him...keke
"kalaulah tidak kerana Tuhanku itu Allah dan Muhammad itu nabiku,Hilman Yong hanyalah seorang manusia yang kosong jiwa dan hatinya."
saya tersentuh dengan ayat di
↑ ... sangat sangat tersentuh...actually,ada banyak lagi ayat yang boleh buat korang tersentuh...bila baca balik,huhu...sedih..rase badan bergetar...
novel ini berkaitan dengan persahabatan,agama,batas dan kasih sayang...
sekarang saya suka guna tagline ni "dengan kasih sayang Allah tiada yang mustahil"
Sinopsis:
Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea - American - Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.
Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.
Hilmanku…sifuku…kekasihku…Kembalilah…
" Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walau pun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini…" Hilman Yong
" Don’t worry, I won’t kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha….saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes… your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja." Damien Yong
" Saya akui saya gembira bersama Mr Damien..saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya……tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium…..tetapi hanya di dinding kaca….ada batas dan sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan……walau cuba dipecahkan…pasti kita akan cedera..ditusuk atau dihiris . Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya." Intan Zulaikha
3 comments:
waaaaaa..... nak sangat buku ni !!! tak sempat nak g beli la. Jeles dengan semua orang yang dah ada buku ni . Nak sangat !
ala~hayisa jgnlah jeles...sye mule2 buat research tntg bku ni bce best!ble tgk org yg siap b'gamba lgi sye jeles...hehe
thumbs up , baby !
Post a Comment