Followers

Welcome! Dah solat? ingat 5 waktu

Sunday 10 July 2011

Review Novel:Adam dan Hawa

Tajuk:Adam & Hawa
Terbitan:alaf21

Sinopsis:AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.
Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.
Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu.
Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...
KOmen saya:
nvl ni mmg membuai perasaan,Diorang kena tangkap khalwat.8 tahun kemudian mereka dengan secara tidak sengajanya bertemu didepan pintu masjidilharam.Am cuba untuk memenang kembali hati Hawanya.Bagi saya okeylh.Mungkin saya x menghayati kut watak or cara penyampaianye.

ratings: 3.5 bintang

Review Novel:Bicara Hati



Tajuk:Bicara Hati
Terbitan:Alaf21

Sinopsis:
Dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu.Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya yang ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintainya.
Seminggu mengenali Zahlia,Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda.Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran.Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh cinta dengan pemuda itu.
Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu.Pelbagai cara dilakukan olehTengku Syahran untuk memenangi hati Zahlia.Akhirnya Zahlia akur tetapi dengan syarat iaitu hak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.
Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah.Egonya tinggi dan dia tidak mengikut perjanjian yang telah ditetapkan.Zahlia rasa tertipu.Tengku Syahran telah mungkir janji.Kini timbul pelbagai konflik dalam rumah tangganya.
Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan? Bicara Hati sebuah kisah yang dapat mengungkap segala rahsia.

Komen Saya:
Cerita yang sama jugak,cinta lepas kahwin.Bku ni pun best Gak.Sungguh tak sangka yang Syahran dan Zahliah sepupu.Best buku ni sape yg tak beli rugi.

Ratings:
4 bintang

Review Novel:SweetSour


Tajuk:SweetSour
Terbitan:Jemari Seni

Sinopsis:
Yang manis, harum lagi wangi itu Zarul
“Kira orang ni taraf cincin gula-gula ni ajelah.”
“Sepuluh ringgit tu.” Sungguh-sungguh dia cakap.
“Berkira... baru sepuluh dah kecoh... bukannya seribu pun.” Aku jeling dia.
“Banyak cakap pula... kalau tak nak bagi balik.” Dia hulur tangan kiri.
Tak tahu pula macam ni punya seronok apabila dapat cincin... walaupun hanya cincin gula-gula.
“Ni kira orang ‘cuplah’ ni.” Sambung dia lagi.
Aku simpan senyum. Tak boleh senyum depan-depan ni, nanti dia perasan!

B Yang pahit, masam, masin, payau itu Joe Jambul
“Bayar cincin ni.” Kata dia. Betul ke ni, apa yang aku tengah dengar ni.
“What?” aku terjerit di situ.
“Pay for this.” Relaks aje dia mengarah aku lagi.
“Okey... saya bayar!” Aku jeling dia.
Tapi kan, juling biji mata aku tengok bil RM10 000 kat Tiffany tu. Gila ke apa? Batu planet mana dia pakai buat cincin bodoh ni!
* * *
Komen Saya:
Mule2 saya baca awal novel ni mmg bosan.Tapi bila dah masuk part tengah dah mule best.Bahasa yang sempoi,watak dia pun ikut sama sempoi.

ratings:
4 bintang



Review Novel:Kasih Yang Suci


Tajuk:Kasih Yang Suci
Terbitan:Alaf21

Sinopsis:
Link
Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...

Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.

"Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua." tegas Seth.

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya... Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?

Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa... saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima.

Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.
* * *
Komen Saya:

Novel ni memang Best!Mantap!
Bila Elena Dapat tahu yang Seth dalang di sebalik kejadian 10 tahun yg lalu,Elena membenci Seth.Sementara Seth cuba untuk memikat balik hati isterinya.Rugi sape yg tak beli.tapi dalam novel ade jugak blushing scene.budak bawah umur xleh bace. Hehe

* * * *

Saturday 2 July 2011

Pesta buku!

Baru hari ni dapat post...semalam pergi pesta buku dekat SACC...dpt jugaklah beli buku novel...jumpa lgi dgn Siti Rosmizah,peramah btul kak siti...
masa aku tengah jalan nak beli buku tiba2 ade sorang wartawan ni tanye "Dik,kami nak interviu adik bole?nanti masuk suratkhabar berita harian."aku pun terkejutlah...tak de pengalaman....last2 aku ckp "takapelah,tak ade pengalaman."

Entah berapa kali aku pusing dekat booth karangkraf sbb nk cari penulis...akhirnya dptlh tandatangan Aleeya Aneesa,Meen Zulaikha dan Siti rosmizah.Penulis ni ramah2 orgnye....

Happy sangat dpt jumpa dgn penulis...rse mcm nk pergi lgi...
Dan hari ni aku d'kejutkan lgi dengan berita gembira...
aku pergi tgk penulisan2u,aku ternampaklah aku punye cerpen...Wah!happynye,lme jugaklah aku tggu cerpen tu keluar...hmpir dekat sebulan...
Okeylah...aku pun dah xde ape2 nk ckap,sekian wasalam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...