Followers

Welcome! Dah solat? ingat 5 waktu

Thursday 22 December 2011

Kedatangan saudara baru...




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,topik hri ni betul2 menyentuh hati saya.

Nama beliau Quennie Padilla,seorang aktres...saya betul2 tersentuh dengan ucapan dia.

"Saya seolah tidak memiliki kebahagiaan itu. Sekarang, Allah S.w.t dalam hidup saya, Alhamdulillah, Tiada Tuhan Selain Allah. Aku sangat bahagia dan puas dengan kehidupan sebagai seorang Muslim," katanya terharu.

Nama islamnya ialah Khadijah.Mukanya kelihatan suci selepan memeluk islam persis seperti bayi yang baru lahir di dunia ini.

"Islam adalah jalan hidup. Anda tahu apa tujuan hidup anda. Selama ini, aku seperti hidup dalam dosa. Namun, Allah S.W.T memanggilku pada Islam. Kini, aku begitu dekat dengannya," katanya,

Beliau masih muda,Quennie dilahirkan pada 1991.Alhamdulilah,kini Khadijah belajar mendalami lagi ilmu islam.Dan beliau juga telah keluar dari dunia hiburan untuk islam.

"Aku harus secara total untuk hidup dengan cara Islam," tegasnya.

Khadijah sedang menjalani pengajian islam selepas menunaikan Haji

Alhamdulilah,kita mendapat saudara baru.Semoga Khadijah dapat lagi mendalami islam..Aminx99

Friday 16 December 2011

Yes!Saya menang!!!

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,saya happy sangat hari ni...

Sebab saya menang contest.contest ape?saya adalah ahli ASST,grup asst ade buat  teka teki pasal asst.Siapa yang jawab betul dia dikira pemenang.10 orang pemenang sahaja untuk satu hari.Game ni d'buat 3 hari berturut-turut.

Dan saya tak sangka saya boleh menang.Saya orang yang ke 7 yang berjaya menjawab soalan.Game ni menguji kepantasan dan ingatan pemain.

Yang pemenang akan dapat hadiah.Hadiah ape?kalendar!mesti ada yang kata kalendar je...bukan sebarang kalendar tau!

Syukur alhamdulilah saya berjaya jadi pemenang pada hari pertama permainan.Happy sangat!nak tengok rupa kalendar dia macam mne?







                                           




Wednesday 14 December 2011

Akhirnya...


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia semua!nak kongsi sikit pasal Ombak Rindu.Baru sekarang dapat tengok!yelah,sebelom ni ade pulak technical problem.

Tapi lain tempat,takot nnti terjadi lagi kejadian macam skali tu.Pagi-pagi lagi ramai yang dah serbu Cinema.Semua bangsa ade,kirenye 1 Malaysialah...haha!Tengok OR dekat EON Bukit Tinggi.Saya bukanlah nak sangat tengok OR,orang dah kate syok kite serbulah ramai-ramai.

Tapi saya tak adelah nak sangat tengok OR.Adik saya yang lorat sangat nak tengok,Ayah saya pon nak tengok skali...saya pon tumpong duit sekalilah,hehe...

Saya macam nak tak nak je tengok OR,yelah!tengok trailer pon macam..er..buat orang toleh kiri kanan.Banyak pulak b'cerita,okey!okey!kite review!

First2 masuk pawagam dah main tolak-tolak,naseb baik tak terjatuh,ditambahkan lagi dengan keadaan yang gelap,and ade tangga saya pon asyik terpeleot aje...

Sinopsis dia kite skip ye?nanti korang boleh review sinopsis kat tempat lain.Walaupon movie dia 2 jam tpi rse macam sejam aje tengok.

Awal2 lagi tengok rase badan dah mengigil,macam meresap ke jiwa.Bukan meresap ke jiwa tpi saya dah kesejukkan kat dalam pawagam tu.Mak aii,naseb pakai baju kocek,boleh saya sorok skit.
Tapi bahaya jugak!budak underage tak sesuai sangat tengok.Tapi dorang xyah tengok awal2 tengok middle2 aje...part awal banyak scene buat orang toleh kiri kanan...saya pon toleh kiri kanan jugaklah.

Ade jugak part lawak2,tpi saya tak ketawa...orang lain dok ketawa saya steady aje.Ntah ape yang lucu...kiki (jhtnye ayt!)

Bagi saya okeylah!tapi saya sebagai peminat novel yang tegar kenalah tengok.Bile ade part sedih,orang diam.Dorang tgh nangislah kot,saya malas nak ambek tahu.Tapi saya tak nangis eh...

Saya tak tau sangat nak review sbb saya tak pernah bce novel OR...haha!Bace sikit je....haha..
Wasalam~

P/s:sye sempat lgi bergambar dgn heroin OR...kiki...jgn jeles! :P

Saturday 10 December 2011

Frust menonggeng!





Assalamualaikum,readers.Sedih sikit hari ni...semangat dah berkobar-kobar nak tengok Ombak Rindu.Dah dapat tiket dah dapat tempat alih2 kena 'halau'...huhu

Nak tahu ceritanya,Dah ada tiket...terus masuk pawagam.OR start pukul 12.00 tengahari,bile tengok jam dah pukul 12.10.Popcorn dah beli dengan air skali,tunggu..tunggu...tunggu...sampai, "Maaf ada masalah teknikal sikit,harap bersabar ye" aduh!patutlah lame,tunggu...tunggu...tunggu..."Maaf,movie ni d'batalkan.Boleh ambil wang anda di kaunter"hah!terkejut berok orang d'buatnye.

First time berlaku dalam sejarah hidup saya.Movie di batalkan!huhu...so,OR ditunda pada pukul 2.30...beberapa jam aje,tpi mak pulak malas nak tunggu.Penat nak ulang alik dari sini.Boleh je tengok movie OR kol 2.30.

Mall tu baru je bukak,jadi tak ramai sangat orang kat sana.Lenggang kangkong ajelah...tiket tak habis punye...tempat dia rahsia!kiki...tak nak orang serbu ramai2...hint skit...SpaceU8.Maybe Isnin nanti kot tengok OR.Huhu

Wasalam~

Wednesday 7 December 2011

Dah nak keluar!

Assalamualaikum,readers!tengah excited nak tunggu drama Bicara Hati hasil adaptasi dari novel Damya Hanna,karya beliau yang pertama.Dikhabarkan DBH akan d'tayangkan di astro prima.Ganti drama Suria Di Cardoba.





Actually,dah keluar preview dia dkat TV tpi sye blom tengok lgi.X sbr sangat ni...tinggal minggu depan je..
Setiap Isnin-Khamis.Masa?xtau...sperti yg org tu kata GANTI drama SDC.


Ada satu lagi!drama ni keluar dekat TV3 slot akasia.GEMERSIK KALBU!karya dari Anis Ayuni.Tengok dekat TV3 jam 7.00 mlm setiap Isnin-Khamis mulai 2 Januari 2012.GK dah keluar dia punye teaser,tpi sikit jelah.

Kalau nak tahu lebih lanjut boleh pergi dekat Wall GEMERSIK KALBU di FB


Suka tengok gambar ni!cantik!Kalau boleh saya nak nvl ASST pulak d'dramakan,sye xnak ASST d'filemkan sbb tak puas hati tonton beberapa jam aje...saya lebih suke Drama dri nvel yang bersiri.

Wasalam~

Sunday 4 December 2011

Penghijrahan kepada Islam

Salam buat semua pembaca :D entri kali ni...hehe...tentang penghijrahan artis.Bace paper nampaklah pasal ni.Penghijrahan artis luar.Terharu,sedih semuanye bercampur baur.Memang salute kat dorang.Gambar kat bawah adalah antara artis luar yang memeluk islam.Syukur.



                                         CAT STEVENS
Beliau mula terpikat dengan islam ketika mendengar azan di sewaktu melawat di Maghribi.Pertama kali mendengar azan d'khabarkan bahawa seruan itu umpama muzik untuk tuhan dan terkejut dengan kenyataaan itu.Peristiwa hampir lemas di pantai Malibu,AS telah mendetikkan perasaan untuk bekerja demi tuhan jika di selamatkan.Akhirnya ombak telah menyelamatkan beliau dengan m'nolak ke pantai.

Mula mencari fahaman makna agama dgn fahaman Buddha,Zen i-ching namun hadiah Al-Quran drpda abangnye telah m'buka pintu hati untuk memeluk islam pada Disember 1977.Untuk mengembangkan lagi dakwah beliau berdakwah melalui muzik.






                                               LOON

Beliau sangat d'kenali dengan imej budak jahat melalui album2 serta penampilanya yang sama ada ketika membuat p'sembahan.Namun anugerah Tuhan tiada siapa yang mampu mendunganya.Loon kini telah memeluk islam dan m'ninggalkn bidang muzik dan serta imej jahat.Menggunakan nama Amir Junaid Muhadith sebagai nama barunya.Menunaikan umrah tahun lepas dan kini berubah sebagai penganut islam sebenar.menggunakan kisah penghijrahanya sebagai pedoman untuk d'kongsi.


                                     LAUREN BOOTH

                                                  "My nama is Lauren Booth and i am a Muslim"

Beliau merupakan adik ipar kepada bekas Perdana Menteri Britain,Tony Blair.Sebelum memeluk islam beliau telah menunjukkan simpati yang tidak berbelah bahagi terhadap penderitaan rakyat Palestin.Beliau seorang wartawan untuk syarikat media Iran,Press TV.Beliau juga selalu membuat liputan tentang kekejaman Israel di Palestin.


                                        MIKE TYSON
 Bekas juara tinju ini pernah beberapa kali d'penjarakan.Ketika menjalani hukuman penjara selama tiga tahun beliau telah menemui hidayah dan memeluk islam.Beliau menggunakan nama islam iaitu Malik Abdul Aziz.Tyson tabah menjalani hidup dan telah menunaikan umrah pada tahun 2010.


                                   
                                      LEE WOON JAE

Mungkin ramai yang tidak mengenali lelaki ini tetapi beliau m'rpakan antara p'jaga gol t'baikdi Asia selatan.Beliau dulu adalah seorang penganut agama kristian yg taat sebelumnya.NAmun beliau t'buka hati untuk menganut islam pada tahun 2004 setelah ramai rakanya mula m'pelajari islam berikutan dakwah semakin kuat di negara itu.Sejak itu beliau tidak pernah m'ninggalkan solat dan puasa walaupon m'wakili negara.



                                                      NAPOLEAN OF "THE OUTLAW"

Membesar dgn pengalaman pahit melihat ibubapa dan adiknya m'bunuh diri telah m'akibatkan beliau hanyut dgn gaya hidup samseng.Walapon kedua ibubapanya adalah penganut agama islam ttpi berikutan kematian mereka ,beliau d'besarkan oleh neneknya yg b'agama kristian.Beliau yg kini m'gunakkan nama Mutah Wasin Shabaaz Beale,b'rubah sebaik rakanya m'ngajak ke masjid dan kemudian m'nitis air mata setelah m'dgr syarahan imam tntg p'gertian islam yg sebenar.Aptah dgn kehidupan beliau yg umpama syurga di atas dunia,d'kelilingi gadis cantik,kaya dan berharta.Akhirnya kuasa Tuhan m'buktikan p'hijrahan boleh b'laku kpd sesiapa yang mahukan tanpa mengira kaum,keturunan apatahlagi pangkat dan harta.

Dahsyatnya cerita mereka semua ini,hampir saya ingin m'nitiskan airmata.Tubuh saya mengeletar.Ada sesetengah Muslim hanya islam pada kulit tapi bukan badan peribadinya.Mereka lalai mengerjakan suruhaNYA.Wallahualam... Semoga mereka mendapat Taufiq dan Hidayah darinya,Kembalilah kepada agamaNYA selagi diberi kesempatan,InsyALLAH dengan kasih sayangNYA tiada yang mustahil...
Wasalam.... :D

klau boleh saye nk lgi rmai peluk islam,tpi mne boleh paksa kan.Klau kite paksa iman seseorang itu mudah luntur,islam tidak memaksa kerana islam itu agama yg indah.Kerana keindahanyalah Khalid Alwalid memeluk islam.Kerana kesucianyalah Cat stevens memeluk.Syukur!

p/s:Actually,ade byk lgi kisah2 m'narik tntg p'hijrahan ke islam ni...ade byk jugak artis yg memeluk islam antaranya Naysilla Mirdad,Hana Tajima,Michelle Wee,Jermaine Jackson,Michelle Wee,Daphne Iking...klu ade mase sye post,InsyALLAH...renung-renungkanlah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...