Followers

Welcome! Dah solat? ingat 5 waktu
Showing posts with label 4bintang. Show all posts
Showing posts with label 4bintang. Show all posts

Sunday, 4 September 2011

Review Novel:7 Hari Mencintaiku

Tajuk:7 Hari Mencintaiku
Terbitan:SR Publication
Boleh di jumpai:Popular SAHAJA

kemunculan novel terbaru siti rosmizah.Semua novel kak ct selalu dpt top ranking.Aku minat giler kat ct rosmizah.Dah 2 kali aku jumpe dia,mmg ramah orgnye.Kite bukan nk ckp pasal ornye tpi bukunya.

Mia Adriana nama yang cukup indah tpi tak seindah perilakunya.Mia ni sombong gila.Perangai dia mmg sejak dari sekolah lgi.Khuzairi ni cinta pandang pertama dengan Mia.Tapi siapalh dia kan?hanya seorang lelaki miskin.Mia sikit pun tak pandang dengan kebaikan khuzairi.Sehingga suatu peristiwa menyebabkan mereka dikahwinkan.
Mia tinggal di kampung khuzairi.Mak Leha (mak tiri Khuzairi) langsung tak suka dekat si Mia,sbb ade kaitanya dengan mak mia.Akhir2 sedih gila masa buntat meninggal,mase tu jugaklah mal leha tuduh si mia.depan mmg geram tpi bila dah akhir mmg sedih.Aku yang tengah syok melayan terpaksa berhenti nak ambik tisu sekejap.Korang kena sediakan tisu kat tepi.

Sunday, 10 July 2011

Review Novel:Bicara Hati



Tajuk:Bicara Hati
Terbitan:Alaf21

Sinopsis:
Dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu.Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya yang ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintainya.
Seminggu mengenali Zahlia,Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda.Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran.Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh cinta dengan pemuda itu.
Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu.Pelbagai cara dilakukan olehTengku Syahran untuk memenangi hati Zahlia.Akhirnya Zahlia akur tetapi dengan syarat iaitu hak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.
Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah.Egonya tinggi dan dia tidak mengikut perjanjian yang telah ditetapkan.Zahlia rasa tertipu.Tengku Syahran telah mungkir janji.Kini timbul pelbagai konflik dalam rumah tangganya.
Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan? Bicara Hati sebuah kisah yang dapat mengungkap segala rahsia.

Komen Saya:
Cerita yang sama jugak,cinta lepas kahwin.Bku ni pun best Gak.Sungguh tak sangka yang Syahran dan Zahliah sepupu.Best buku ni sape yg tak beli rugi.

Ratings:
4 bintang

Review Novel:Kasih Yang Suci


Tajuk:Kasih Yang Suci
Terbitan:Alaf21

Sinopsis:
Link
Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...

Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.

"Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua." tegas Seth.

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya... Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?

Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa... saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima.

Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.
* * *
Komen Saya:

Novel ni memang Best!Mantap!
Bila Elena Dapat tahu yang Seth dalang di sebalik kejadian 10 tahun yg lalu,Elena membenci Seth.Sementara Seth cuba untuk memikat balik hati isterinya.Rugi sape yg tak beli.tapi dalam novel ade jugak blushing scene.budak bawah umur xleh bace. Hehe

* * * *
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...