Followers

Welcome! Dah solat? ingat 5 waktu

Sunday, 10 July 2011

Review Novel:Bicara Hati



Tajuk:Bicara Hati
Terbitan:Alaf21

Sinopsis:
Dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu.Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya yang ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintainya.
Seminggu mengenali Zahlia,Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda.Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran.Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh cinta dengan pemuda itu.
Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu.Pelbagai cara dilakukan olehTengku Syahran untuk memenangi hati Zahlia.Akhirnya Zahlia akur tetapi dengan syarat iaitu hak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.
Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah.Egonya tinggi dan dia tidak mengikut perjanjian yang telah ditetapkan.Zahlia rasa tertipu.Tengku Syahran telah mungkir janji.Kini timbul pelbagai konflik dalam rumah tangganya.
Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan? Bicara Hati sebuah kisah yang dapat mengungkap segala rahsia.

Komen Saya:
Cerita yang sama jugak,cinta lepas kahwin.Bku ni pun best Gak.Sungguh tak sangka yang Syahran dan Zahliah sepupu.Best buku ni sape yg tak beli rugi.

Ratings:
4 bintang

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...