Followers

Welcome! Dah solat? ingat 5 waktu
Showing posts with label 5 bintang. Show all posts
Showing posts with label 5 bintang. Show all posts

Thursday, 10 November 2011

Review Novel:Awak suka saya tak?


Penulis:Melur Jelita
Terbitan:KaryaSeni
B.Mukasurat:1058

Dapat jugak beli ASST!saya tunggu 2minggu nak beli ASST...mari kita start review!

memang best!suke dengan semua watak ASST,it's okay...novel ni tak banyak konflik,bukan tak banyak tapi tak ada langsung!yang ada cuma kasih sayang...

kita baca banyak kali,kita rasa jatuh cinta dengan hilman yong,kacukan cina,korea dan american...dah boleh agak betapa kacaknya Hilman Yong ni!

Novel ni sangat ringan dan santai bahasanya,sesuai untuk semua peringkat umur.Saya pesan!careful with Hilman Yong!you might get in love with him...keke

"kalaulah tidak kerana Tuhanku itu Allah dan Muhammad itu nabiku,Hilman Yong hanyalah seorang manusia yang kosong jiwa dan hatinya."

saya tersentuh dengan ayat di ↑ ... sangat sangat tersentuh...actually,ada banyak lagi ayat yang boleh buat korang tersentuh...bila baca balik,huhu...sedih..rase badan bergetar...

novel ini berkaitan dengan persahabatan,agama,batas dan kasih sayang...

sekarang saya suka guna tagline ni "dengan kasih sayang Allah tiada yang mustahil"


Sinopsis:

Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea - American - Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.

Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.

Hilmanku…sifuku…kekasihku…Kembalilah…

" Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walau pun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini…" Hilman Yong

" Don’t worry, I won’t kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha….saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes… your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja." Damien Yong

" Saya akui saya gembira bersama Mr Damien..saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya……tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium…..tetapi hanya di dinding kaca….ada batas dan sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan……walau cuba dipecahkan…pasti kita akan cedera..ditusuk atau dihiris . Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya." Intan Zulaikha

Sunday, 4 September 2011

Review Novel:Andai Itu Takdirnya


Tajuk:Andai Itu Takdirnya
Terbitan:Buku Prima
Boleh di jumpai di:MPH,SMART dan Popular

Ini hasil tulisan pertama siti rosmizah dengan syarikat buku prima.Bila aku dah habis bce buku,aku hanya boleh kata SPEECHLESS!FANTASTIC!

Aleeya dan Aizril adalah penuntut di University Of Warwick.Aleeya di terima kerja di temapat Aizril bekerja.Aizril ada mission nak buat dkt si Aleeya last2 jatuh hati dgn kejelitaan Aleeya.Tpi ada org yang fitnah Aleeya curang belakang Aizril.Aleeya dengan Aizril kena tangkap basah dan dipaksa berkahwin,Aizril menentang keras walaupun dia pernah jatuh cinta dgn Aleeya.

Bila dah kahwin,Aizril layan Aleeya mcm pembantu.Mentua Aleeya pun tak suka.Aleeya kena buang keluarga,Keluarga aizril pulak mcm tak terima.

Masa Aizril kemalangan Aleeyalah yang tolong jaga Aizril tika sakit.Nak harapkan Emilin jangan cakaplah,batang hidung pun tak nampak walaupun tunang sendiri merangkap sepupu.Aizril minta peluang kedua nk baiki segala kesilapanya.Aleeya bgi chancelah dkt Aizril,then bila dh bgi chance si Aizril pulak yang sia2.Aizril dh 2 kali ulang kesalahan dan kembali pada sikapnya yang mementingkan diri.Bila Tahu aleeya sakit baru nk nyesal.

Review Novel : Cinta Kau Dan Aku


Tajuk:Cinta Kau Dan Aku
Terbitan:Buku Prima
Boleh dijumpai di:MPH , SMART dan Popular

kisah seorang gadis tomboy kerja sebagai driver di FF Holdings.Farish jatuh cinta pandangan pertama dengan Farisha.Farish ni anak orang kaya,pengarah kat FF holdings.Farish ni punye adek,farah.Dan bekas tunang farish,suraya.Farah dengan suraya ni berkomplot nak hancur rumah tangga farish dgn farisha.Farah lebih suka kalua farish berdampingan dengan bekas tunang dia.Boleh pulak si farish kasi ex tunang tinggal sekejap kat rumah dia.Kalau aku mmg aku tak kasi,kalau jumpa pun mmg aku dh fire dia cukup2.Tpi si farish baik hati kasi suraya.Aku geram jugaklah part tengah2.

Lepas farish dgn farisha dh cerai si zul(cikgu farisha/kawan farish)dh lame minat kat farisha sejka sekolah lgi.Siap bwk rombongan merisik,tpi si farisha lari atas pokok sbb tak nak kawin.Aku bila tau psl cikgu zul ni mmg aku saket hati,rse mcm zul tu sengaja nak mengorat si farisha.

Review Novel:Lafazkan Kalimah Cintamu

Tajuk:Lafazkan Kalimah Cintamu
Terbitan:SR Publication
Boleh di jumpai:Popular SAHAJA

Ini buku Siti Rosmizah yang ke-3 selepas CKDA.Tema dia sama jugak,menyedihkan.Aku tak dpt nk bezakan antara tengku hisyam dengan tengku hashim,Keliru dengan nama2 tengku ni.

Aqilah dibenci oleh bapanya (tengku Hisyam) dan Tasya (kakak Qila) sejak kecil lagi.Bce dpn2 pun dh sedih,korang kalau nk bce sediakan 2 kotak tisu.Bce bab 1 pun dh sedih.Dia mcm sekejap sedih,sekejap kelakar then tukar sedih balik.

Kak siti mmg pandai buat lawak2 dlm ni.Ingatkan boleh buat yg sedih aje.Yelah!setiap kali bce buku kak siti kena nangis.

Tasya ni awek si Rayyan dan jugak sepupu Rayyan.Tengku Hasyim(bapa saudara Qila/abah Rayyan) sayang dekat Qila.Dia tahu ape yg Qila rse selama ni.Jadi sebelum di tutup mata dia ade buat wasiat.Dia jodohkan Qila dengan Si Rayyan.Rayyan mmg tak nak tpi di paksa oleh Tasya.Tasya walaupun dh  kaya tpi harta dia x cukup.Sanggup jual Rayyan kepada Qila.Then,bila Qila ngan Rayyan dah bahagia bru menyesal.Nak menyesal x de gunenya.Korang bcelah.
confirm korang nangis.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...