Followers

Welcome! Dah solat? ingat 5 waktu

Friday, 6 January 2012

haram kalau bersanggul tinggi???


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

sanggul tinggi haram?betul ke?

segala persoalan akan terjawab disini...(cet!)


Bagi saya orang yang bersanggul tinggi kelihatan 'kureng' skit.Bila kita tengok orang yang bersanggul tinggi dari belakang nampak macam kartun 'kiteretsu'.Kiteretsu tu kartun orang jepun... klu tak tahu tengok kat bawah ↓




"Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian."(Riwayat Muslim).





Menurut Ustaz Amin,

"
Hadis yang menyatakan seperti bonggol unta itu ditujukan kepada perempuan-perempuan yang tidak menutup aurat secara sempurna. Mereka memakai pakaian yang nipis-nipis mahupun ketat-ketat sehingga boleh menampakkan bentuk tubuh dan warna kulit. Pemakaian seperti ini adalah dilarang sama sekali oleh Islam terhadap para wanita kerana seolah-olah mereka semacam bertelanjang juga.

Sanggul rambut di kepala yang selalu para wanita memakainya bukanlah membawa maksud seperti hadis di atas secara mutlaknya. Boleh sahaja untuk memakai sanggul asalkan tidak mendedahkan aurat di hadapan lelaki bukan mahramnya."


Soalan:salam...ustaz saya dah bersanggol tinggi ni bukan kerana mengikut trend sekarang..tp dah 5 th lepas dah..ini kerana saya mempunyai rambut yg panjang,saya meyanggulnya utk mengurangkan rasa panas kerana saya syg hendak mengunting rambut saya...adakah menjd kesalahan kpd saya menyanggul tinggi wlupun saya bertudung..saya amat keliru..

Jawapan:Tak menjadi masalah bersanggul, tetapi jangan sampai menarik pandangan lelaki lain atau orang yang bukan mahram anda. Kalau dia boleh menarik pandangan orang bukan mahram anda, maka anda wajib mengubah sanggul anda tersebut, kerana ia boleh mendatangkan kemudharatan kepada anda dan boleh mendatangkan dosa.- Ustaz Nor Amin

Ada sedikit pantun untuk anda!

BAJU NIPIS NAMPAK BAYANG,
PEHA GEBU SAJA DITAYANG,
LEBIH BAIK TAK PAKAI BAJU LAGI SENANG,
DAH TENTU BOLE TUNJUK TERANG TERANG


BAJU KETAT SELUAR PULAK SENDAT
PAKAI TUDUNG PULA JUST IKAT IKAT
DARI MULA MEMANG SANGAT BUKAN ADAT
DI SUDUT AGAMA PUN GAYA TAK BERKAT


TUDUNG JARANG BAJU NIPIS,
PAKAI SIKIT BOLE NAMPAK "GARIS',
MATA ORANG TERBELIAK, KITA MEMBENGIS,
BILA KENA KUTUK, KENAPA MENANGIS?

LENGAN PENDEK, BLAUS GANTUNG,
JEANS KETAT MELEKAT DI PUNGGUNG,
JADI ORANG ISLAM NI SEBENARNYA BERUNTUNG,
AGAMA TAK PENAH SURUH BERBUNGKUS MACAM POCONG

APA RASANYA, KEPALA BERTUDUNG, KAIN TERBELAH?
KALAU TAKAT RAMBUT ORANG KURANG GHAIRAH,
LAIN KALAU PEHA GEBU, ATAU TERNAMPAK LURAH,
MATA YANG MEMANDANG BOLE KELUAR DARAH

KEBAYA KETAT, KAIN TERBELAH,
IKAT TUDUNG PULA MACAM TAK SUDAH,
NAK IKUT SURUHAN AGAMA MEMANG TAK MUDAH,
TAPI ISLAM ITU SEBENARNYA TERLALU INDAH. ♥ ISLAM



Thursday, 22 December 2011

Kedatangan saudara baru...




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,topik hri ni betul2 menyentuh hati saya.

Nama beliau Quennie Padilla,seorang aktres...saya betul2 tersentuh dengan ucapan dia.

"Saya seolah tidak memiliki kebahagiaan itu. Sekarang, Allah S.w.t dalam hidup saya, Alhamdulillah, Tiada Tuhan Selain Allah. Aku sangat bahagia dan puas dengan kehidupan sebagai seorang Muslim," katanya terharu.

Nama islamnya ialah Khadijah.Mukanya kelihatan suci selepan memeluk islam persis seperti bayi yang baru lahir di dunia ini.

"Islam adalah jalan hidup. Anda tahu apa tujuan hidup anda. Selama ini, aku seperti hidup dalam dosa. Namun, Allah S.W.T memanggilku pada Islam. Kini, aku begitu dekat dengannya," katanya,

Beliau masih muda,Quennie dilahirkan pada 1991.Alhamdulilah,kini Khadijah belajar mendalami lagi ilmu islam.Dan beliau juga telah keluar dari dunia hiburan untuk islam.

"Aku harus secara total untuk hidup dengan cara Islam," tegasnya.

Khadijah sedang menjalani pengajian islam selepas menunaikan Haji

Alhamdulilah,kita mendapat saudara baru.Semoga Khadijah dapat lagi mendalami islam..Aminx99

Friday, 16 December 2011

Yes!Saya menang!!!

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,saya happy sangat hari ni...

Sebab saya menang contest.contest ape?saya adalah ahli ASST,grup asst ade buat  teka teki pasal asst.Siapa yang jawab betul dia dikira pemenang.10 orang pemenang sahaja untuk satu hari.Game ni d'buat 3 hari berturut-turut.

Dan saya tak sangka saya boleh menang.Saya orang yang ke 7 yang berjaya menjawab soalan.Game ni menguji kepantasan dan ingatan pemain.

Yang pemenang akan dapat hadiah.Hadiah ape?kalendar!mesti ada yang kata kalendar je...bukan sebarang kalendar tau!

Syukur alhamdulilah saya berjaya jadi pemenang pada hari pertama permainan.Happy sangat!nak tengok rupa kalendar dia macam mne?







                                           




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...