Followers

Welcome! Dah solat? ingat 5 waktu

Tuesday, 26 April 2011

Lamaran Mr Fussy!









Ah!terkejut aku,Nasib baik nyawa tak melayang.Ni driver manelah pulak yang nak main Bumper car dengan aku.Kalau kereta aku rosak jaga kau!kalau kereta kau pulak yang rosak lantak kaulah,siapa yang nak sangat main Bumper car dengan aku.

Aku keluar dari kereta,perkara pertama yang aku lakukan adalah check belakang  kereta.Terkejut aku…nasib baik tak calar,Cuma kereta aku ngan driver gila ni cuma tinggal 10 inci aje lagi.Aku menghelakan nafas.Hampir tercabut jantung aku,Kereta ni hadiah dari Abah sempena birthday aku dua tahun lepas.Kalau Abah tahu mau kene pancung dengan Abah.Cakap tak pandai jaga kereta la,pergi race driving lah.Kereta ni mana ade skill nak drift semua tu.Kereta Kancil ni boleh bawak kesana kemari aje.Kadang-kadang kereta pun enjin  asyik tersedak kat tengah-tengah jalan.Nasib aku begitu malang hari ni.

“How’s the car?is it fine or should be repair?”Omputih ape orang ni?main speaking-speaking pulak.Tak payah nak berlagaklah wei.English aku pun okey jugak.Aku ni ex-student from UK,Ceh!berlagak pulak aku ni.HeHeHe…

Ternganga mulut aku,Bila aku nampak dia bukak cermin mata hitam yang dipakainya.Handsome!Ceh!aku ni nampak sangat gatal.

“It’s oke..kek eh?it’s okey sir”Apasal aku gagap ni?Malunya.Dahlah salah sebut,perut aku ni kalau nak sesuatu memang asyik terkeluar  ajalah menu apa nak makan.

Cit!asam jawa punya mamat boleh pulak dia gelakkan aku.Sampai terpercik air liur.Eee!gelinya,Basah kuyup muka aku kena air liur.Habis muka aku ayu aku ni kena air liur dia yang masin.
Aku dah naik hangin(Naik darah) dengan mat saleh celup ni.

“you do not want to raise my blood!,Im really serious!”Geram aku dengan mamat depan aku ni.


“Ada apa-apa calar tak pada kereta awak?”Ni baru namanya 'serius'Alamk Aku dah lambat nak pergi kerja.Mampus.

“sorry I have to move or I gonna be late for work”Aku bersuara dalam nada segera.Aku dapat tau yang bos baru nak masuk hari ni.Sombongnya aku hari ni.

Aku terus pecut kereta laju.Tapi tak adelah selaju Ferrari.Alamak dah lambat!dah pukul 8.10.Lambat betulah kereta ni ditambahkan lagi dengan kesesakan jalanraya mau kene sound dengan Big boss yang bakal pencen hari ni.Aku dengar anak dia yang akan gantikan tempatnya.
 “Bai,asal kau dating lambat?”Adoiyai,berat mulutlah aku nak jawab.

“Tadi jalan ‘Jem’ plus ade kemalangan,tu yang lambat sikit sampai”Aku bersuara jua.Walaupun malas nak jawab soalan Ashiqin Ezaney merangkap teman serumah.

“Big Boss,cari kau tadi”Ashiqin bersuara.Boss nak jumpa aku.Aku ada buat salah ke?nak tahu pergilah jumpa Big Boss.

“Kenapa Bos nak jumpa aku?”

“Manalah aku tahu,kau pi jumpalah ngan Bos”Aku mengangguk.Masa aku berjalan,kaki aku tersadung pada kerusi tempat Ashiqin duduk.Nasib baik aku sempat pegang pada meja,kalau tak jatuh nanti.



Tok!Tok!Tok! apabila mendengar arahan dari dalam bilik Bos aku terus masuk.

“Awak,Bahiyah.Saya nak introduce pada awak dengan anak saya yang bakal mengambil alih syarikat ni.Aku nampak seorang lelaki berbaju segak.Lelaki itu berpaling menghadap aku.Aku ternganga.Ini kan mat saleh tepi jalan tadi.

“Ini anak saya,Ameer Raihan and Ameer ini setiausaha papa,Nur Bahiyah”Encik Rasyid memperkenalkan‘Bakal pengusaha Syarikat’ini.Aku kena duduk satu bumbung dengan mamat ni.Oh!tidak.

“Ameer akan mengantikkan tempat saya selepas saya pencen”Lelaki itu kelihatan selamba aja,seperti tidak mengenal aku.Aku pulak yang terlebih eksyen.

Aku keluar dari bilik Encik Rasyid dengan sedikit gelisah.Kalau aku duduk satu bumbung dengan dia,mesti dia pecat aku.Aku tak nak kene pecat.Punyalah susah Aku nak dapat jawatan ni,Last-last kene halau.Jangan bersangka buruk,Kita belum tahu apa yang akan terjadi.

“Asal dengan kau ni Bahiyah?Semacam aja aku tengok,Kau tak sihat ke?”


"Trapapapa."Aku hanya mengeleng mendengar pertanyaan Ashiqin.Adoi!camna ni?nak buat apa?Aku letak jawatan,sebelum mamat tu yang pecat aku?Kalau dia pecat aku,jatuh maruah aku depan khalayak ramai.Tapi punyalah susah nak cari kerja sekarang.Kita tunggu dan lihat sajalah.

“Bahiyah,please come to my room”Tegas suara garau yang memberi arahan dari interkom meja aku. ‘Haih!menyusahkan betul orang ni!’

“Right,sir”Aku menjawab melalui interkom meja aku.Aku menuju ke bilik Mr Fussy itulah nama gelaran yang aku berikan.Nak tahu kenapa?sebab dia tu cerewet mengalahkan perempuan.Buat sakit telinga aja dengar dia terpekik terlolong.Sudah hampir setahun aku bekerja satu bumbung dengan Mr Fussy.Macam-macam arahan dia suruh aku ikut.

“Bahiyah,bancuhkan saya air Nescafe!”

“Bahiyah!Apa kerja You buat ni.I suruh You periksa file ni!Yang You sibuk bersembang tu apa?”

“Bahiyah,cepatlah sikit!I nak jumpa klien sekejap lagi,You’re so slow!”


“Masuk!”Aku dengar suara garau itu membenarkan aku masuk.Tarik nafas dalam-dalam,hembus. “Hah!Bahiyah,Mana awak letak  file saya semalam?Saya letak atas meja ni semalam.” file yang mana satu.Ada banyak  file yang bersepah atas meja. “file mana satu encik?banyak sangat kertas yang bersepah atas meja Encik”

“file yang warna merah.Saya letak kat sini semalam”Aduh!Mana eh aku letak.Mampos aku kene tengking lagi.Ya Allah!selamatkanlah hamba mu ini.
“Saya,lupalah letak dekat mana.”Aku tunduk memandang kasut.

“Macam mana boleh tak tahu!Setiausaha apalah macam awak ni!Macam manalah ayah saya boleh lantik awak dapat jawatan ni!Ada setiausaha pun tak guna!Awak tahukan hari ni saya ada meeting with Mr Wong.Macam mana saya nak buat kerja kalau file tu tak ada?banyak informasi penting ada dalam kertas tu!Bertuah siapa yang punya anak macam ni!Tak guna!”Aku rasa bagai dihina.Aku dah tak sanggup bekerja disini.Biarkan aku miskin tapi aku masih punya harga diri.Aku tak layak dihina,ditengking dan dimarahi sesuka hati.Setitis,dua titis tiga titis.Keluar semua air mataku.Aku mengangkat muka,memandang wajah dihadapanku.

“Encik,jangan nak libatkan mak ayah saya!Encik, tu siapa?Encik ingat maruah saya ni senang nak dipijak.Encik jangan ingat yang Encik ni pengurus besar disini.Sesuka hati nak tengking dan marah orang.Encik belum kenal lagi siapa saya!Memang saya tak guna tapi janganlah hina saya sebegitu sekali!Walaupun saya ni orang miskin,Tapi saya punya harga diri.Kalau Encik tak suka lihat muka saya ni,Saya boleh resign.Tak payah tunggu Encik pecat saya sebab saya sendiri dah tak tahan dengan perangai Encik!Assalamualaikum”Aku terus berlalu keluar dari bilik.Aku memandang kearah Ashiqin.Ashiqin memandangku dengan penuh simpati.Aku mengelap air mata yang telah membasahi pipiku.Aku terus berlalu keluar dari pejabat.Ameer Raihan yang berada di dalam bilik memukul mejanya. ‘Argh!Apa yang aku dah buat?Kenapa aku buat macam tu,Sedangkan itu hanya perkara kecil.Bahiyah pasti tidak mahu maafkan aku.Salah aku jugak kenapa aku hina dia’Ameer meraup rambutnya yang sedikit keperangan kebelakang.Serabut.

“Bai,Kenapa ni?cuba kau cerita dekat aku.Kenapa kau lari masa pejabat.Apa yang dah berlaku?”Bertalu-talu soalan yang keluar dari mulut ashiqin.Tapi Bahiyah hanya menangis.Mata Bahiyah kelihatan merah kerana terlalu banyak menangis.Jarang Ashiqin melihat Bahiyah begitu.Bahiyah terkenal dengan sikapnya yang selamba dan dia tidak mudah menangis.

“Syiqin,Aku tak sanggup lagi kerja disana lagi.Aku benci!benci!sampai hati Encik Ameer Hina aku perempuan tak guna.Aku sakit hati,Aku dah tak sanggup kerja satu bumbung dengan dia lagi.Tolong,Ashiqin esok aku bagi kau surat Resign,nanti kau bagi pada Encik Ameer.”Bahiyah menangis tersedu-sedan dibahu Ashiqin.Ashiqin menepuk bahu teman serumahnya itu,agar jiwa wanita itu kembali tenteram.

“Nah,Ini surat perletakan jawatan Bahiyah.Dia suruh saya past pada Encik”Ashiqin meletakan sampul surat dihadapan Ameer Raihan.Ameer memandang Ashiqin yang berdiri dihadapanya.

“Awak teman serumahnya Bahiyah kan?Boleh bawakan saya ke rumahnya.Ada perkara yang ingin saya cakapkan”Ashiqin terkejut dengan permintaan Bosnya itu.

“Maaf,Encik saya tidak dapat beritahu”Ashiqin tunduk memandang lantai.Ashiqin juga sakit hati dengan bosnya.Tapi apa harus dia lakukan dia hanya orang bawahan,tidak berhak untuk melawan.

“Please,Ashiqin I need to see her.I need to tell her something.It’s important”Apa yang Encik Ameer nak cakap?Apa yang penting sangat.Apakah yang menyebabkan Ameer ingin berjumpa dengan Bahiyah.Untuk menghinanya lagi atau memohon maaf. “Bahiyah,dah balik kampong.Baru aja semalam.”

Bahiyah pada ketika itu,berada di biliknya sedang termenung menghadap jendela tingkap.Hatinya masih perit dengan kata hinaan yang keluar dari mulut Ameer Raihan.

“Setiausaha apalah macam awak ni!Macam manalah ayah saya boleh lantik awak dapat jawatan.

“Bertuah siapa yang punya anak macam ni.Tak guna!”Sekali lagi air mata merembes keluar.

“Bahiyah!Mari keluar.Ada kawan kamu ni”Suara Mak kedengaran dari ruangtamu.Bahiyah cepat-cepat mengelap air matanya dengan hujung lengan baju.Kemudian dia menyarungkan tudung yang tersangkut pada kerusi meja solek.Dia membelek mukanya.Matanya yang cantik itu kelihatan sedikit sembab kerana terlalu banyak menangis.Dia menempel sedikt bedak agar nampak sedikit segar.Bahiyah ke ruangtamu rumah,Alangkah terkejutnya dia melihat Ameer Raihan berada di ruangtamu.

“Hah!Bahiyah mari sini nak,duduk sebelah ibu.”Bahiyah mengambil tempat di sisi ibunya.Apasal,dia ada kat rumah aku?Aku nampak Ashiqin keluar dari dapur sambil membawa dulang yang dipenuhi dengan gelas.Ashiqin?Ashiqin ke yang bawak Mr Fussy ke sini?

“Maaf,Mak cik saya datang sini tak beritahu terlebih dahulu”Aku berpaling kearah Encik Ameer.Namun tidak lama,Aku tidak tahan dengan panahan matanya itu.Redup.Tapi kenapa Encik Ameer datang?nak ajak aku bekerja balik dengan dia?atau nak hina aku ‘perempuan tak guna’?

“Tak apa,Mak cik tak kesah pun.Apa sebab Encik nak datang ke sini?”Soal Puan Marlah kepada Ameer Raihan.Ameer Raihan memandang Bahiyah disebelah ibunya.

“Pak cik mana?Dari tadi saya tak nampak pun”Tanya Ameer Raihan pada Puan Ramlah.

“Pak cik,dekat kebun.Siang nanti baliklah dia baliklah”

“Boleh,Saya berbicara sekejap dengan anak mak cik?”Puan Ramlah memandang Bahiyah disebelahnya,Kemudian mengangguk.

“Tapi,Mak....”Bahiyah tidak jadi meneruskan katanya apabila melihat ibunya membesarkan matanya.Bahiyah mengangguk.Dia mengangkat punggung berjalan menuju ke halaman depan rumah dikuti Ameer Raihan dibelakangnya.Bahiyah berpeluk tubuh, sedikit pun tidak menoleh kearah Ameer Raihan dibelakangnya.Sakit hati setiap kali melihat wajah itu.

“Apa sebab Encik datang cari saya sampai sini?”Ameer Raihan tarik nafas kemudian hembus. “Saya datang sini nak minta maaf dari awak.Saya mengaku kata saya agak melampau sampai awak sakit hati.Saya harap awak sudi maafkan saya.” Bahiyah berpaling menghadap Ameer Raihan yang berada dibelakangnya.

“Ingat senang saya nak maafkan orang,dah la maruah saya dihina apatah lagi orang tu adalah bos saya sendiri.Encik pentingkan diri sendiri!Encik tak pernah faham apa yang orang rasa.Dah la Encik,baik Encik pulang sekarang.”

“Saya datang sini bukan sahaja minta maaf,Tapi saya datang sebab saya juga nak luah perasaan saya.Saya suka dengan awak sejak kali pertama kita bertemu.Saya sengaja memarahi awak sebab nak tarik perhatian awak.Saya harap awak maafkan segala kesilapan saya.Selain itu,Sudikah awak menjadi teman hidupku?Dikala saya kesunyian.Terimalah lamaran saya,Bahiyah.”Bahiyah terlopong mendengar bicara manis lelaki itu.Air mata menitis dipipinya yang putih itu.

"Saya...baik saya akan terima lamaran awak,tapi dengan satu syarat..."tak sempat aku nak sambung balik ayat aku yang tertunggang tadi,tiba-tiba suara lain pula yang menyampuk.


"Tak payah kamu nak ade syarat.Kahwin aje terus,senang sikit kerja."Itu suara Ibu.Aku berpaling.Ibu tersenyum.Ashiqin yang ada bersebelahan dengan ibu pulak tersengih persis kucing miang.

"Mak cik,saya nak menyatakan hasrat unutuk memperisterikan Bahiyah,Saya harap mak cik se..."Ibu pintas memotong bicara Ameer.


"Tak usah panggil mak cik,tak lama lagikan kamu akan jadi sebahagian daripada keluarga ini."Ameer senyum lebar.


"Kalau camtu esok bertunang,tulat kahwin.Apa pendapat Ibu?"Ish!tak malu betulah mamat ni,depan Ibu aku dia cakap macam tu.


"Ibu setuju aje.Lagi cepat lagi bagus,cepatlah nanti Ibu nak dapat cucu.Bahiyah,Ibu tak nak dengar bantahan dari kamu.Abah kamu mesti setuju punya.Ibu masuk dalam dulu,nak sampaikan berita ni pada Abah."


"Awak ni tak malu ke cakap macam tu pada Ibu saya?"Aku melepaskan segala amarah padanya,selepas melihat kelibat ibu dan Ashiqin membolos diri ke dalam rumah.


"Kenapa nak malu?Tak lama lagikan saya akan jadi menantu Ibu.Nampaknya ibu awak pun tak sabar tengok kita naik atas pelamin.Saya lagi tak sabar tunggu awak jadi milik saya."Ameer Raihan berkata sebelum memboloskan dirinya kedalam rumah.Bahiyah yang berada di luar hanya masam mencuka,lama kelamaan wajahnya bertukar ceria,bibirnya membentukan senyuman.Semoga percintaan mereka berkekalan selamanya.Amin.




Maaf kalau ada yg x puas hati dengan penulisan saya.Maklumlah ni first time tulis cerpen.Klu ade kesalahan tatabahasa informkan ye.Saya ni masih pelajar.Maaf kalau cerpen ni panjang sgt.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...